Wednesday 12 January 2011

7 Pencetus Psikologi Jualan Tanpa Had!

Salam Hormat,

Adakah anda tahu bagaimana anda boleh membuat cetusan psikologi jualan untuk memujuk pelawat laman web anda kepada pembeli?

Dengan mengetahui dan mempraktikkan cara pencetus psikologi jualan, anda mempunyai kelebihan dalam membuat promosi jualan anda!

Disini saya ada 7 cara cetusan psikologi percuma* untuk mempertingkatkan surat jualan anda!

1) Lebih Spesifik
Adalah amat penting untuk mengkhususkan barangan yang anda jual. Ianya sangat2 penting untuk informasi anda nampak sungguh meyakinkan.
Sebagai contoh: Jangan anda memberitahu umur anda lewat 20-an, tapi katakan bahawa umur anda antara 28-29 tahun! Jadikan info anda lebih khusus!

2) Ingin Lebih Tahu
Kita semua bersifat ingin tahu! Memang itulah sifat manusia! Jadi kita perlu membuat sedikit pencetus agar mereka di luar sana terasa ingin tahu dan mencuba barangan yang anda cadangkan.
Sebagai contoh: "Apakah jalan terbaik untuk menarik perhatian pelanggan setia?" Anda patut berusaha mencari jawapannya!

3) Sebab Apa
Tunjukkan kepada prospek, subscriber, dan pelanggan anda mengapa perlunya mereka mendengar penerangan anda. Mengapa mereka perlu membeli barang yang anda cadangkan. Ini mungkin boleh dilihat dari segi "pengalaman 20 / 10 tahun" anda dalam bidang anda ceburi. Beritahu bahawa mereka patut tahu maklumat lebih lanjut dari anda.

4) Kehilangan Sesuatu
Bunyinya agak kelakar. Kita lebih didorong oleh pemikiran kehilangan sesuatu kemudian fikiran untuk mendapatkan sesuatu. Itulah sebabnya mengapa deadlines, peluang terhad, bilangan produk terhad, dan sebagainya menjadikan jualan berjaya.
Sebagai contoh: "Peluang untuk mendapatkan produk terlaris saya semakin tipis menjelang 12 tengah malam ini! Lakukan tempahan anda sekarang! Anda berpeluang mendapat 2 tiket percuma pergi dan balik ke Negara Matahari Terbit a.k.a Jepun! (sementara promosi masih berjalan)"

5) Ketakutan
Cetusan paling berbahaya ialah ketakutan. Mari kita lihat contoh paling ketara apabila barangan keperluan dijangka naik harga. Ramai antara kita sibuk membeli barangan yang dikhuatiri habis stok dalam masa yang singkat. Ianya hanya bermula dengan sedikit ketakutan. Ketakutanlah yang membuat kita melakukan tindakan.

6) Keghairahan / Semangat
Anda mesti dalam semangat positif yang kuat dalam menerangkan produk jualan kepada prospek dan pelanggan anda. Tanpa semangat ini, mesej anda tidak akan "sampai" secara effektif. Surat jualan anda dilihat membosankan tanpa kekuatan.

7) Beritahu Perkara Sebenar
Orang akan lebih menghormati kejujuran. Walaupun ianya boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. Sekiranya anda jujur dan ikhlas, anda akan dihormati. Lama-kelamaan orang akan dapat tahu tentang penipuan. Bila mereka tahu, segala kepercayaan terhadap anda akan musnah sekelip mata!

Sekian

======================================================

Salah satu buku paling diminati. Saya kongsikan pada anda tentang cetusan psikologi .




No comments:

Post a Comment

Let Me Know What You Think Below!