Wednesday 27 July 2011

Bahasa Melayu Tinggi atau BMT : Saya Mulakan!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, semenjak sekian lama saya tidak menyentuk blog ini, terasa gatal tangan untuk menyentuhnya kembali dengan sesuatu yang sedikit baru. 

Saya teringin untuk menyampaikan sesuatu ilmu akan datang dengan tulisan yang lebih segar dan mantap. InsyaAllah. Saya mulakan dengan ini Bahasa Melayu Tinggi atau dikenali ramai dengan BMT.

BMT seingat saya sudah lama diperkenalkan sejak dahulu lagi. Di waktu zaman datuk dan nenek kita lagi. Dari segi lisan mahupun tulisan. Tiada yang bercampur aduk mahupun ditukar sesuka hati melainkan bahasa ibunda setiap bangsa pecahan kecil yang diamalkan setiap hari.

Saya beri contoh untuk bahasa ibunda satu bangsa pecahan kecil iaitu bangsa Jawa. Bila bangsa Jawa ingin menyebutkan perkataan "Pakai" , lazimnya mereka akan menyebut "Pakei". Ini adalah contoh semata-mata tanpa niat mengherdik dan cerca. Tiada sebab untuk mereka dipersalahkan atas alasan sebutan lisan yang sebegitu rupa.

Baiklah, sebelum ini saya baca satu tulisan oleh rakan media sosial yang mengajak semua rakan-rakan beliau untuk sama-sama mengggunakan Bahasa Melayu Tinggi sebagai menghormati bahasa Kebangsaan negara Malaysia kita yang tercinta. Alhamdulillah saya sahut cabaran ini dengan hati yang terbuka dan waras.

Anda Bila Lagi?

Khairi