Wednesday 16 February 2011

Pekerjaan Masa Hadapan......

Hi, banyak perkara yang kita nak fikirkan... Terutama sekali tentang masa hadapan kita..

Penat kan? Tapi masa akan tetap berjalan dan berjalan tanpa kita sedari, masa adalah musuh utama kita..

Apa benda yang dah kita buat sepanjang masa kita hidup? Hirup udara segar, busuk.. Dengar berita baik dan kurang enak.. Hmmm..kan lagi baik kita ada sesuatu benda yang sentiasa jadikan kita baik..sentiasa...~

Abaikan, sebab tak ada satu pun benda yang akan jadikan kita baik sentiasa kalau tak usaha jadikan sesuatu tu baik.. Maksudnya lakukan sesuatu yang baik biar konsistan @ dalam bahasa Inggerisnya constant @ bahasa Melayu saintifiknya malar..

Kita hidup tiap hari dengan mengikut ‘flow’. Hidup dengan keadaan ‘sempurna’ kita. Relaks sahaja. Tak penat fikir pasal bila masa kita akan jadi susah makan, susah pakai, susah nak ke mana-mana sahaja..

Ketahuilah bahawa hidup kita di masa akan datang memerlukan kita membuat atau mempunyai lebih dari 2 pekerjaan.

Okey, sekarang ni pun kita lihat mak ayah kita hidup dengan bekerja. Mak bekerja, ayah bekerja, kadang-kadang mak tolong kerja-kerja ayah.. Tak mustahil masa akan datang (yang tak tahu 10 atau 20 tahun lagi), mak dan ayah, masing-masing, di waktu pagi buat kerja lain, petang dan malam buat kerja lain..

Agak-agak siapa mak ayah tu? Kita la! kalau dah 10 atau 20 tahun lagi.. So, kemahiran amat penting. Kita kena lihat aktiviti kehidupan orang-orang veteran (kini) di masa mereka muda dahulu..

Nasi tak habis, dijemur sehingga kering dan di goring semula untuk jadi keropok @ emping nasi. Sangat sedap. Buat pelbagai jenis kuih dan kek yang diberi nama pun pelik-pelik. Contoh kuih seri muka. Tak kena pun dengan bentuk kuih tu, tapi diberi nama sedemikian rupa..

Apa yang nak diceritakan disini ialah kemahiran yang kita perlu ada untuk mengurangkan risiko-risiko kehidupan berkeluarga anda di masa depan.

Agak-agaknya la, apa benda yang akan anda sendiri lakukan? untuk keluarga yang akan anda bina.. Membesarkan anak-anak yang banyak ragam..

Sekarang pun ramai yang dah hadkan keluarga. Mereka rata-rata kata “cukup la dah ada sepasang anak, satu lelaki dan satu perempuan...” Huh?!

Kemahiran yang kita ada sekarang begitu terhad dan sempit, sedangkan dunia ni sangat luas. Banyak benda kita boleh eksploitasi dan teroka.

Apa yang anda lakukan sekarang? Apa? macam tak ada apa-apa....!!


So, bertindaklah sekarang demi masa depan anda (yang pertama), anak-anak dan isteri serta ibu bapa (yang kedua)... Sedar lah!


Salam Sayang,
Khairi

Idea On Desk!!

Tun Dr Matahathir - bagaimana kita boleh contohi beliau (cara Internet Markerter)?
Dari segi percakapan, dan tindakan..

Beliau selalu bawa pen dan buku poket (buku kecil yang muat di poket baju beliau)..

Tidakkah anda pernah terfikir tentang idea? Apa sahaja idea..!

Hasil dari pembacaan dan diskusi di ruangan forum, facebook, twitter, dan blog, pasti akan terdetik idea anda sendiri.

Mengapa anda tidak mencatatkan seperti Tun Dr Mahathir?

Apa-apa sahaja buleh anda catatkan.. Asalkan terdetik sahaja di hati anda!

Apabila anda di tempat yang membataskan anda dengan internet, seperti di dalam bas,  anda buleh membuka nota catatan anda untuk review semula dan mungkin idea akan datang lagi dan seterusnya berkembang…

Dapat sahaja laptop dan wifi, terus taip idea anda di internet, dan buat list to-do. Ini dapat memastikan apa jua jenis idea berkembang mengikut rancangan anda!

Lihat semula apa hasil yang anda dapat, 3 hari sekurang-kurangnya selepas idea anda terbitkan..