Wednesday 12 January 2011

7 Pencetus Psikologi Jualan Tanpa Had!

Salam Hormat,

Adakah anda tahu bagaimana anda boleh membuat cetusan psikologi jualan untuk memujuk pelawat laman web anda kepada pembeli?

Dengan mengetahui dan mempraktikkan cara pencetus psikologi jualan, anda mempunyai kelebihan dalam membuat promosi jualan anda!

Disini saya ada 7 cara cetusan psikologi percuma* untuk mempertingkatkan surat jualan anda!

1) Lebih Spesifik
Adalah amat penting untuk mengkhususkan barangan yang anda jual. Ianya sangat2 penting untuk informasi anda nampak sungguh meyakinkan.
Sebagai contoh: Jangan anda memberitahu umur anda lewat 20-an, tapi katakan bahawa umur anda antara 28-29 tahun! Jadikan info anda lebih khusus!

2) Ingin Lebih Tahu
Kita semua bersifat ingin tahu! Memang itulah sifat manusia! Jadi kita perlu membuat sedikit pencetus agar mereka di luar sana terasa ingin tahu dan mencuba barangan yang anda cadangkan.
Sebagai contoh: "Apakah jalan terbaik untuk menarik perhatian pelanggan setia?" Anda patut berusaha mencari jawapannya!

3) Sebab Apa
Tunjukkan kepada prospek, subscriber, dan pelanggan anda mengapa perlunya mereka mendengar penerangan anda. Mengapa mereka perlu membeli barang yang anda cadangkan. Ini mungkin boleh dilihat dari segi "pengalaman 20 / 10 tahun" anda dalam bidang anda ceburi. Beritahu bahawa mereka patut tahu maklumat lebih lanjut dari anda.

4) Kehilangan Sesuatu
Bunyinya agak kelakar. Kita lebih didorong oleh pemikiran kehilangan sesuatu kemudian fikiran untuk mendapatkan sesuatu. Itulah sebabnya mengapa deadlines, peluang terhad, bilangan produk terhad, dan sebagainya menjadikan jualan berjaya.
Sebagai contoh: "Peluang untuk mendapatkan produk terlaris saya semakin tipis menjelang 12 tengah malam ini! Lakukan tempahan anda sekarang! Anda berpeluang mendapat 2 tiket percuma pergi dan balik ke Negara Matahari Terbit a.k.a Jepun! (sementara promosi masih berjalan)"

5) Ketakutan
Cetusan paling berbahaya ialah ketakutan. Mari kita lihat contoh paling ketara apabila barangan keperluan dijangka naik harga. Ramai antara kita sibuk membeli barangan yang dikhuatiri habis stok dalam masa yang singkat. Ianya hanya bermula dengan sedikit ketakutan. Ketakutanlah yang membuat kita melakukan tindakan.

6) Keghairahan / Semangat
Anda mesti dalam semangat positif yang kuat dalam menerangkan produk jualan kepada prospek dan pelanggan anda. Tanpa semangat ini, mesej anda tidak akan "sampai" secara effektif. Surat jualan anda dilihat membosankan tanpa kekuatan.

7) Beritahu Perkara Sebenar
Orang akan lebih menghormati kejujuran. Walaupun ianya boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. Sekiranya anda jujur dan ikhlas, anda akan dihormati. Lama-kelamaan orang akan dapat tahu tentang penipuan. Bila mereka tahu, segala kepercayaan terhadap anda akan musnah sekelip mata!

Sekian

======================================================

Salah satu buku paling diminati. Saya kongsikan pada anda tentang cetusan psikologi .




Sunday 9 January 2011

4 Cara Promosi Laman Web & IM!


Internet telah menjadi alat di dunia global untuk menyatukan kita manusia ke dalam satu tempat. Memandangkan dunia telah membuka ruang dan peluang pada pasaran global, maka syarikat seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu menarik perhatian pembeli dan pengguna bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Strategi Pemasaran Internet memainkan peranan penting bagi kemajuan sesuatu perniagaan internet. Antara Strategi Pemasaran Internet ialah email marketing, social media marketing, dan blog advertising. Mengenalpasti Strategi Pemasaran Internet yang bagus adalah sangat penting untuk perniagaan online anda. Ia dapat memberi nilai lebih apabila anda melakukan promosi.

Perniagaan Melalui Internet

Pasaran internet merangkumi email marketing, social media marketing, perniagaan melalui laman web sendiri dan pelbagai lagi. Setiap cara promosi perniagaan ini ada pentingnya. Email marketing adalah untuk memberi maklumat yang terkini tentang produk dan perkhidmatan terbaru kepada pengguna dan prospek berprestasi tinggi anda.

Email marketing membantu mempromosikan barangan anda hanya semudah memberi email sahaja. Email mengandungi perincian produk anda perlu disertakan. Dan melalui email marketing ini juga, anda dapat merapatkan hubungan dengan pelanggan sedia ada anda!
Melalui email, anda boleh mendapat pelanggan berulang. Bermakna keuntungan setiap bulan insyaAllah ada!

Perniagaan Melalui Social Media Marketing

Social Media Marketing adalah salah satu alat Strategi Pemasaran Internet yang hebat untuk memantapkan perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan anda. Social Media Marketing adalah sangat berkuasa dan luas pengaruhnya. Terdapat berjuta-juta pengguna setiap saat dan ini memudahkan anda mencari dan mendapat pelanggan dari seluruh pelusuk dunia! Untuk ini, anda hanya perlu menjalinkan persahabatan dan menarik mereka kepada produk anda. Mudahkan?

Secara mudahnya, Kempen Social Media Marketing ini telah menarik pelbagai jenis pertubuhan perniagaan dan individu juga untuk mendapatkan barang keperluan mengikut citarasa mereka! Dengan ini, syarikat akan lebih mengetahui pasaran yang boleh mereka laburkan kepada pengguna.

Mereka Semula Laman Web

Membuat laman web untuk organisasi anda dan menyediakan perincian informasi tentang produk, servis dan persekitaran pekerjaan anda bukan sahaja menarik perhatian para pembeli, malahan juga membina Branding Perniagaan anda juga!

Dengan pelbagai variasi teknik perniagaan anda seperti menyediakan offer dan diskaun serta lain-lain promosi akan lebih menarik pelanggan kepada perniagaan anda. Segala promosi ini bermula di laman web anda sahaja.

Lain-lain bidang promosi melalui laman web adalah penulisan bagus yang tentunya ada kaitan dengan kata kunci niche produk anda. Pastikan anda memberi maklumat berguna dan menarik buat bakal-bakal pelanggan anda! Perlu juga anda kaitkan dengan e-book yang anda hasilkan sendiri samada percuma atau berbayar.

Dengan menggunakan teknik yang betul sebenarnya laman web anda lebih mudah dijumpai dengan pelbagai mesin carian pengoptimuman atau search engine optimization. Melakukan promosi pengiklanan di laman web sendiri juga salah satu teknik yang bagus untuk dipraktikkan.

Pemantauan Adalah Penting Sebagai Salah Satu Strategi Perniagaan Online

Melalui semua perkara ini adalah penting untuk anda melihat dan memeriksa samaada Strategi Perniagaan Internet anda berjaya membentuk lebih ramai pelanggan dan menghasilkan teraju utama perniagaan online yang berkualiti.

Pusat Penjejakan atau Lead Tracking adalah perlu dan merupakan langkah mandatori meniti kejayaan di media sosial. Sekiranya rekaan laman web anda tidak mempunyai sistem lead tracking yang tepat, anda bakal kehilangan selama-lamanya pelanggan berprestasi tinggi!






Saturday 1 January 2011

Bagaimana cara menjual produk dari negara China?

Salam sejahtera,

Saya baru lepas menonton klip video hebat dari En Eruwan Gerry Norsen tentang Bagaimana Menjana Wang Dari Barangan Import China. Saya sangat teruja dan telah pun memiliki e-Book Import dari China beliau dan mempraktikkannya.

Seperti yang kita ketahui, ramai yang ingin berniaga pelbagai barangan dari negara China. Ini adalah kerana kos pembuatan dan tenaga kerja yang murah serta produknya setanding barangan lain di pasaran dunia!

Oleh itu, saya mengajak saudara/saudari untuk membeli e-Book Import dari China ini sebagai panduan atau starter kit untuk memulakan perniagaan bagus ini.

Saya jamin, sekiranya anda mengikuti panduan dan praktikkan dengan cara yang betul, anda akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda!

Saya berbesar hati berkongsikan sedikit sebanyak kandungan di dalam e-Book ini:

4 Jenis Pembekal Yang Perlu Anda Ketahui
Do n Don't
Cara Bagaimana Membina Hubungan Perniagaan Kali Pertama
Logistik dan Kos
Pengurusan Cukai dan Kastam
Dropshipping : Kaedah Menjual Barang Tiada Stok
Listing Syarikat China Yang Serius Berniaga Dengan Anda!

Ada beberapa bonus sekiranya anda membeli
e-Book Import dari China ini!!

e-Book Import dari China ini telah dikarang oleh Pakar Pemasaran Internet Malaysia yang tidak asing lagi dikalangan IM dan pengguna internet.

Oleh itu, saya ingin membawa saudara/saudari ke bahagian surat jualan dan membaca sendiri testimoni pengguna yang telah menggunakan khidmat e-Book Import Dari China beliau.

Ini dia Ebook Import Dari China
Panduan Mendapatkan Barangan Murah Dan Berkualiti Terus Daripada Negara China!

Dapatkan juga produk beliau yang lain DISINI:

1. Menjana Keuntungan Dengan Portal Lelong.com