Tuesday 1 May 2012

Tahniah Pekerja Rendah Swasta!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah yang Maha Kaya kerana memberi nikmat bangun tidur, makanan hari ini, udara yang segar dan keluarga serta jiran yang baik. Semua ini pemberian Allah yang tidak terhingga kepada umatnya tanpa berkira sedikit pun kepada hambaNya. Mudah-mudahan segala nikmat ini berkekalan hingga akhir hayat kita.Amin.

Baiklah, saya rasa sudah lama tidak menulis di blog ini. Memang terasa rindu sangat. Apakan daya, kerja yang terlalu banyak, dan aktiviti yang padat memang mencemburui masa saya untuk menulis blog. Apa pun, hari ini Hari Pekerja dan saya tanpa sebarang aktiviti meluangkan sedikit masa untuk menulisnya.

Ok. Bermula malam tadi, Perdana Menteri ada menyatakan tentang pelarasan gaji bagi mereka pekerja swasta seluruh negeri. Alhamdulillah. Ianya mendapat sambutan hangat apabila masing-masing diantara mereka menyatakan rasa terharu terhadap tindakan Perdana Menteri yang dianggap hero. Apa yang dikatakan hero ialah apabila salah seorang pekerja kilang elektronik yang mendedahkan bahawa mereka diketepikan hak membuat persatuan dengan gaji yang tidak setimpal. Cuma RM450 sebulan sahaja. Saya memang sedia maklum kerana ini adalah lumrah antara majikan dengan pekerja. Saya bukan bercakap kosong kerana saya punya pengalaman membuat kajian tentang pekerja di sebuah daerah selama 6 bulan di jabatan kerajaan.

Rata-rata diantara mereka yang bergaji rendah adalah dikalangan bangsa melayu yang bekerja sebagai operator di kilang. Mereka dikerah untuk bekerja dengan harga 1 jam, RM2 ke bawah. Bayangkan mereka perlu menyara anak yang masih kecil, bilangan anak pula ada yang mencecah 2 anak sehinggakan ibu bapa terpaksa keluar pagi mencari rezeki dan balik malam semula untuk berehat. Keesokan pagi pergi semula kerja. Jika sejenis barang mendapat permintaan banyak @ jika kilang perlu menutup operasi sehingga 5 hari bekerja, maka dikerah mereka bekerja sehingga malam dengan kadar elaun kerja lebih masa tidak setimpal. Keadaan ini agak menyusahkan pekerja rendah di sektor swasta.

Ekonomi negara sentiasa terkesan dengan ekonomi global yang tidak menentu. Walaupun pakar-pakar dari luar negara mengatakan negara kita sentiasa konsisten dan berdaya maju di antara kalangan negara-negara ASEAN, kita perlu keluar dari zon selesa kerana masa tidak pernah terhenti disini. Negara kita punya wawasan yang tinggi dan kita perlu sama-sama mencapainya. Itulah Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Berbalik semula dengan isu malam tadi. Pihak kerajaan telah menetapkan 1 penanda aras @ kayu pengukur untuk pihak syarikat membuat 1 transformasi pembahagian keuntungan kepada pekerjanya yang bersama-sama memajukan syarikat. Perkara ini telah lama dibincangkan dan sudah diketahui umum. Semestinya pihak syarikat perlu bersedia dan akur. Gaji baru mula dikuatkuasa sepenuhnya kepada syarikat professional seperti klinik-klinik swasta, firma-firma guaman adalah pada selepas 6 bulan diwartakan. Bagi syarikat selain professional seperti syarikat PKS, penanda aras gaji minimum sektor swasta ini dikuatkuasakan hanya selepas 1 tahun ianya diwartakan. Pada hemat saya memang sangat ok. ;)

Akhir kata, bergembiralah kamu wahai rakan-rakanku sekalian yang bergaji rendah. Suara kamu telah didengari pihak berwajib dan akan dilaksanakan perlahan-lahan. Tunggu sahaja. Sila kamu semua tingkatkan prestasi bagi mengelakkan dibuang kerja oleh pihak syarikat yang MUNGKIN kurang senang dengan kerja yang tidak setimpal yang kamu buat. Sentiasalah berfikir tentang buruk baiknya sekali. Sampai jumpa lagi.  ;)



Hisyam

p/s : Hide your affiliate links from commission thieves! - http://bit.ly/hiddenLINK