Saturday 12 November 2011

Ukuran Jual Beli Emas

Assalamualaikum..

Hai.. hari ni saya nak kongsikan perkara penting berkenaan pelaburan emas. Mungkin anda anggap ianya tidak perlu, tetapi bagi saya, ia suatu keperluan memandangkan sekarang ini budaya membeli emas cukup kuat di kalangan penggemar emas, pelabur dan mata duitan.hehe.. Jangan marah ya..!!

Emas ini sebuah pepejal yang bersifat lebut sedikit dari pada besi. Merupakan salah satu unsur logam yang berasal daripada dalam perut bumi. Teringin peroleh emas, silalah gali perut bumi.hehe.. Sekarang pada saya, emas merata-rata tempat. Orang memilikinya dengan mudah sebab ada penjual. Soalan cepumas, si penjual dapatkan daripada siapa? Mestilah daripada si pembuat emas.



Sekarang ini kalau kita tengok, emas banya dikeluarkan dari kalangan bank-bank tempatan, dan bank-bank luar negara. Sebagai contoh negara yang mengeluarkan emas ialah, Afrika Selatan, Amerika, Australia, China, Rusia, Indonesia, Peru, Ghana, Uzbezkistan, dan Kanada. Kalau bank, jangan cakaplah.. Memang cukup banyak. Pilih sahaja bank mana, Public Gold, Kuwait Finance House, Maybank, dan banyak lagi. Belum cerita pasal produk masing-masing lagi. Jenuh nak terangkan..

Ok. Fokus kita semula kepada tajuk perbincangan, iaitu ukuran jual beli emas. Ramai yang jual beli emas sekarang ni macam pakai cara koboi (cow boy). Semberono tak tentu pasal. Akad tiada, main pos laju emas dari mana-mana kawasan, dengan alasan senior ajar cara berjual beli seperti yang mereka amalkan pada masa sekarang. Mereka tidak merujuk pada yang pakar bab-bab seperti wajib, harus, syarat sah dan sebagainya. Rujukan boleh dibuat oleh mereka yang pakar bab agama di dalam kemahiran kewangan Islam seperti UZAR sebagai contoh dan ikon pakar kewangan Islam. Para ulama juga tempat yang sangat dituntut untuk kita bertanya.

Dalam saya ber'jalan' diantara blog-blog, ternampaklah satu artikel menarik yang dikongsikan oleh rakan saya di blog epunyaan rakan saya juga. Berkenaan ukuran bagaimana urusan jual beli emas boleh dilakukan. Supaya ianya lebih sistematik, patuh syariah, serta mendapat keberkatan dan keredaanNya. Berikut adalah sebahagian maklumat mengenai ukuran jual beli emas:

"Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.


Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya."


Bagi membaca tentang keputusan Fatwa Kebangsaan, anda boleh ke SINI

Sekian, perkongsian sidikit saya pada malam ini. ;)


Hisyam

p.s: pelaburan silver dan pertukaran matawang pun melalui proses yang sama juga.
(info tambahan)