Siapa Saya



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda si Pembaca Budiman..☺

Anda tentu ingin mengenali saya serba sedikit bukan?

Baiklah, nama saya seperti tertera ni atas sekali iaitu hisyam khfif. Ini hanyalah nama timangan sahaja. Orang yang bagi. Saya pun terima sajalah..

Saya masih bekerja sepenuh masa memandangkan ini merupakan hobi saya di masa lapang, iaitu menghabiskan masa terluang di internet.

Bermacam perkara yang saya buat termasuklah berblog, dan membantu rakan-rakan Imer's saya menjual barangan internet seperti ebook.

Mengapa saya pilih meluangkan masa di internet? Dengan hanya ber'internet' idea kita akan lebih luas memandangkan dunia internet ini tidak terbatas untuk kita berada dalam bidang kerjaya kita sahaja. Ianya juga menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif!

Saya telah mula ber'internet' sejak  bulan September 2010 lagi. Hanya dengan berbekalkan semangat untuk mencari kawan. Minat saya mula timbul apabila melihat mereka berblog dan meluahkan masa yang terluang kepada sesuatu yang berfaedah, iaitu memberi nasihat, panduan dan pandangan dari sudut berbeza dalam pelbagai bidang. Dari segi perubatan, kehidupan seperti teknik memasak, dan memperkenalkan barang digital kepada rakan-rakan lain. Sungguh saya terpikat.

Dalam masa yang sama, saya tercari-cari medium yang terbaik untuk membantu rakan-rakan dengan apa yang saya buat. Iaitu mencari market dalam ber'internet'. Maka saya pun memperkenalkan barangan digital dari otai-otai IMer's seperti Mr Eruwan Gerry Norsen, Mr Rahman Basri, Mr Gero Azrul, Mr Ammar Zahar, dan ramai lagi.

Mereka ini adalah antara otai yang paling aktif membantu memperkenalkan rakan-rakan kepada  barangan digital. Mereka juga menghasilkan video dan ebook, antaranya, panduan menjual barangan dari negara China di portal jualan terbesar di dunia, ebay, ebook kamasutra bergambar bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin, video panduan affiliate dari newbie kepada hero dan sebagainya. Kesemua produk digital ini anda boleh baca di laman My Products saya.

Sejak terbaca dan menilai usaha mereka yang tidak berbelah bagi, saya pun membuat keputusan untuk sama-sama perkenalkan barangan digital mereka kepada mereka-mereka yang baru dalam bidang ini atau dalam istilah lain Newbie.

Sehingga hari ini telah ramai yang telah saya bantu. Walaupun baru beberapa bulan saya ber'internet'.
Baru kini saya seperti serius dalam berblog. Semuanya untuk rakan-rakan dan diri sendiri. Disamping mendapat ramai kawan, saya juga mendapat pelbagai ilmu kerana rakan saya sememangnya dari latar belakang yang pelbagai. Saya terasa sangat beruntung..

Baiklah, sekiranya anda ingin berkenalan dengan saya, jangan segan silu untuk menjadi rakan saya di laman sosial facebook atau mungkin ingin tahu email saya. Untuk itu, sila ke Maklumat Saya.