Saturday 25 December 2010

Niat Usaha Dan Tawakal

Perniagaan is all about invest + hardworking + smart..

Bagaimana kita nak dapatkan kekayaan 10/10 daripada Allah Taala?!


Gila! tapi memang cara ini ada...

Pertama sekali..

Kerja : Benar. Kerja kita boleh dikatakan sebahagian daripada keuntungan atau 1/10.
Kita bekerja 5 hari dalam seminggu (bagi yang kerja dengan kerajaan), 6 hari seminggu (bagi mereka yang kerja dengan swasta) Penat tak? Mesti la penat. Duit masyuk tak? masyuk jugak bila sampai masa dapat bonus! Setiap tahun dapat bonus..tetapi gaji naik sedikit sahaja. Mengapa? itu la yang dinamakan kerja. Majikan hanya bagi sedikit bergantung pada ranking anda dalam pejabat. Gaji anda bertambah banyak dari tahun ke tahun.

Keduanya..

Niaga : Perniagaan ini disebut-sebut oleh tiap manusia, membawa banyak untung. Memang benar. 9/10 daripada kekayaan datang daripada perniagaan yang kita usahakan secara bersungguh-sungguh!
Setiap masa adalah wang! Kita majikan kta juga pekerja. Masa adalah tuan kita.. Penat tak? Sangat tak penat. Sebab? Kita enjoy dengan apa yang kita lakukan!! Setiap hari, bulan dan tahun.. Meskipun begitu, Allah Maha Mengetahui jangan kita lupakan. Dia yang memberi kita kekayaan, kesihatan, kebahagiaan.. Berhenti berniaga sebentar bila Azan dilaungkan. Berzakat kita bila mempunyai pendapatan yang melebihi dari cukup. InsyaAllah keuntungan kita akan digandakan berkali-kali ganda..

Natijahnya, kita perlu kembali kepada niat yang asal. Mencari kebebasan kewangan dengan cara yang paling bersih. Niat yang baik, akan berkekalan..

Sunday 19 December 2010

Survey Berbayar


Tahukah anda bahawa ada laman web di internet?
ADA!

Tetapi selamatkah maklumat personel yang anda beri? SELAMAT!

Apabila anda mengisi maklumat personel, pastikan anda MEMBACA juga "User Agreement" atau polisi pengguna serta FAHAMKAN apa yang terkandung didalamnya.

Sebarang tindakan yang diambil oleh pemilik laman web tidak boleh dipertikai sekiranya tindakan itu 'kene pada tempatnya'.

Inilah akibat dari TIDAK MEMBACA dan TIDAK FAHAM tentang polisi sesuatu perkhidmatan.

Akibat yang ditanggung bukan sekadar membayar fee/charge, malahan sekiranya perlu, perkara yang berkaitan akan dibawa ke mahkamah! Huh!

Walaubagaimanapun, anda jangan khuatir.. Sekiranya anda faham dan ikut syarat-syarat polisi yang ditetapkan, anda 'bersih' dari segala tindakan dan boleh berurusan dengan tanpa masalah..

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan polisi yang anda baca, tidak perlu untuk anda daftar/register/sign up dengan laman web yang berkaitan.

Disini terdapat 1 contoh laman web berkenaan survey berbayar yang boleh dilihat dan cuba:.

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=Johndept

Monday 22 November 2010

Bacalah!

Ini adalah perkataan pertama yang Jibril a.s ajarkan pada Rasulullah junjungan kita.

Ape dia rahsia kalimah Bacalah! ini? kita disuruh baca untuk mengetahui, mengingat, memahami, menganalisis dan sebagainya..

Sungguh mudah kalimah ini, tapi banyak maksud yang tersirat.. ketahuilah, Allah Maha Mengetahui..

Kita sering ketandusan idea. Baik dalam peperiksaan karangan, bercakap ataupun bekerja (khususnya dalam bidang pemasaran). Oleh itu, untuk lebih banyak idea, atau perkara yang hendak kita bincangkan, kupasan n etc, perlulah mulai dengan membaca topik yang walaupun kita tidak suka, tapi kena terima atas alasan-alasan tertentu..

Untuk berjaya, idea yang kita ada kena diolahkan dalam masa, dan persekitaran yang mengizinkan lagi sesuai. Barulah semuanya berjalan dengan lancar dan penuh dengan 'kaf' 'ba' 'ra' 'kaf' 'ta' 'alif' 'nun'.hehee...

Mahu Atau Tidak


Mahu atau tidak Berjaya?
Semuanya bergantung pada diri sendiri. Sekiranya anda berusaha lebih, anda dapat ape yang anda usahakan.. macam perkara sunat pula kan? buat dapat, xbuat xdapat..haha
Tapi ingin diberitahu, suatu usaha yang berterusan akan dapat lihat hasil y berterusan juga.. untuk itu usahakan sesuatu tanpa fikir orang lain dah buat atau belum.. Perkara y ade dalam dunia ni memang sudah ade sejak dari dulu lagi..cakap sahaja ape, berniaga? menulis artikel? menjual buku, daging, alat tulis or etc...?
semua orang dah start buat. Dan mereka untung juga sehingga kini.. Jadi xsalah kalau kita mangikut (meniru) jalan kejayaan mereka.. Jangan ingat mereka juga tidak menjejaki laluan mereka-mereka y sudah berjaya dulu.. Ape pun usahakanlah sesuatu itu dengan hasil usaha upaya daya kita tanpa meniru bulat2 cara kejayaan orang lain.
MULAKAN DENGAN BASMALAH (bismillahirrahmannirrahim)!

Wednesday 29 September 2010

RAHSIA KAYU SUGI & BERSIWAK

Bersiwak atau lebih dikenali dengan bersugi kini jarang-jarang sekali dilakukan oleh kita sebagai seorang Islam. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat. Pernahkah kita terfikir apakah kelebihan bersiwak? Kenapa Rasullullah SAW begitu mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan umatnya sentiasa mengamalkannya sehingga pernah bersabda di dalam beberapa hadisnya:

Dari riwayat Abu Hurairah ra daripada Rasulullah SAW (1) :
(لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل الصلاة)

Daripada Aisyah ra bahawasanya Rasullullah SAW bersabda (2)
(السواك مطهرة للفم مرضاة للرب)

Malah kini telah wujud berbagai penemuan ilmiah dari sudut sains berkaitan dengan kayu siwak serta hikmahnya kepada kesihatan mulut dan gigi. Daripada beberapa kajian yang telah dikaji dan direkodkan kajiannya oleh Profesor Doktor Abdullah Abdul Ar-Razak Mas’ud As-Sa’id di dalam bukunya yang bertajuk “Siwak, Perhatian Berat Dalam Pengamalannya Untuk Kesihatan Gigi” antaranya adalah:

1) Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall tree”(3) yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah (pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yang terdapat pada gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.

2) Bahan yang terdapat di dalam siwak mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak yang dinamakan “Sinigrin”(4) (minyak biji sawi @ mustard). “Sinigrin” ini juga digunakan di dalam pembuatan sejenis agar-agar yang digabungkan dengan gula yang boleh kita dapati daripada buah anggur. Namun dengan penggunaan sejenis enzim “Myrosinaze enzymes” dapat memisahkan agar-agar itu kepada dua komponen semula, iaitu minyak “Sinigrin” dan gula anggur. Hasil minyak ini baunya cukup kuat malah rasanya pahit dan hangat, seperti apa yang dirasai oleh sesiapa yang baru pertama kali menggunakan kayu siwak. Kajian turut membuktikan bahawa bahan ini boleh membantu dalam membunuh beberapa jenis kuman.

Begitu juga kajian oleh seorang ketua bagi Institut Kajian Kuman dan Wabak di salah sebuah universiti di Jerman (Rostod University) bahawa kesan daripada bahan yang terdapat di dalam kayu siwak sama seperti kesan “Penisillin” (sejenis anti-biotik) yang membantu malah boleh membunuh pertumbuhan kuman dan diantara salah satu contoh kumannya adalah “Staphylococcus”.

Perkara ini juga yang dipersetujui oleh salah seorang hakim syari’e di Universiti Karachi Pakistan, Profesor Abdul Hamid yang mengatakan bersiwak boleh membunuh sebanyak lima jenis kuman yang terdapat pada mulut kita. Malah disokong kenyataannya oleh teman seperjuangannya Profesor Mohamad Walid Hamud yang mengatakan kayu siwak yang biasanya digunakan untuk bersugi adalah daripada sejenis kayu “Ud Al-Arak”(5) di antara tumbuhan perubatan yang mengandungi bahan perekat gam (adhesive), bahan penyuci, bahan pengawet (masam), bahan pewangi, bahan hablur silika, dan bahan yang mengandungi garam mineral.

Kajian yang lain mengatakan tumbuhan perubatan ini “Ud Al-Arak” adalah sejenis tumbuhan yang strukturnya terdiri daripada bahan fiber yang mengandungi sodium karbonat, dan ia merupakan bahan kimia yang banyak kelebihannya di dalam penghasilan ubat gigi malah kini setelah kajian lebih meluas daripada kayu siwak dilakukan, terdapat penghasilan sejenis bahan kimia pada strukutur kayunya dikenali dengan nama saintifiknya sebagai “Tannic Acid” yang boleh menghalang jangkitan kepada gusi dan menghalang pembentukan karies gigi.

Kesimpulannya, berikut merupakan beberapa fakta tentang struktur kimia yang telah dinyatakan oleh seorang pakar farmasi (penyediaan ubat) yang dikenali sebagai Sallahuddin Hanafi setelah beberapa eksperimen dijalankan ke atas ubat gigi yang dihasilkan daripada kayu siwak:.


1) Ia mengandungi beberapa sumber garam mineral, sodium klorida (sodium chloride), kalsium, sodium, fosfat (phosphate), zat besi, silica, dan lain-lain lagi. Ternyata sebahagian daripanya mempunyai faedah yang tersendiri pada gigi serta gusi manusia. Di antaranya, bahan klorin yang terdapat di dalam sodium klorida membantu mengekalkan keputihan kepada gigi kita.

2) Ia juga mengandungi minyak yang berbau harum (essences oil), merupakan sejenis minyak yang mempunyai haruman yang menyegarkan yang hampir sama dengan haruman ubat gigi yang berada di pasaran pada hari ini. Kajian mengatakan bahawa minyak ini warnanya perang kemerah-marahan. Boleh dikatakan salah satu daripada faedah bersiwak adalah mengelakkan bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan sisa-sisa makanan di antara celah gigi kita.

Begitulah di antara beberapa faedah daripada kayu siwak, dan beberapa maklumat dari sudut saintifiknya. Malah tidak dinafikan, semakin banyak kajian serta eksperimen telah dilakukan di beberapa buah negara samada di Timur Tengah, Eropah, Amerika, dan beberapa buah negara lain tentang kelebihan daripada amalan bersiwak. Sehingga kini telah muncul pelbagai produk moden bagi ubat gigi, atau bahan pencuci mulut yang bahan-bahannya adalah daripada pencampuran kayu siwak ini.

Namun begitu, kita sebagai pewaris umat Rasullullah SAW, nabi junjungan yang telah dipilih oleh Allah SWT sepatutnya berasa bersyukur kerana umat Islam adalah populasi yang aslinya telah didedahkan dengan amalan bersiwak ini.

Sesungguhnya, agama Islam merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang dikurniakan oleh Allah SWT bersama dengan “role model” yang begitu sempurna iaitu Rasullullah SAW kepada kita. Tidak dinafikan, segala yang datangnya dari kata-kata serta perbuatan Saiyidina Muhammad SAW adalah datangnya daripada Pencipta agung bagi seluruh makhluk di muka bumi ini, ALLAH SWT. Bukankah agama Islam merupakan agama yang cukup ideal dan sempurna, merangkumi dari segala aspek kebaikan di dunia dan ganjaran bagi yang bertakwa di akhirat kelak...SUBHANALLAH!


(1) Al-Bukhari 1/ 283 nombor hadis (13458) dan dari Muslim 1/220 hadis 42 / 252.
(2) An-Nasaie 1/10, Ibnu Khuzaimah 1/70 nombor hadis 135.
(3) Sejenis pokok oak.
(4) Bahan kimia terhasil daripada pertumbuhan fungus atau kulat seperti bintik hijau untuk membunuh kuman yang menyebabkan penyakit.
(5) Sejenis tumbuhan daunnya boleh dimakan binatang ternakan dan batangnya dibuat untuk bersugi.

NASIHAT-NASIHAT BIASA

Jaga diri drpd melakukan benda y haram

Jaga masa, lidah, telinga, mata.

Kalau kamu menjaga nya Allah akan memberi kamu kemanisan dalam beribadah. Sekiranya pandangan tidak dijaga ia akan memberi kesan kepada iman.

Redha dengan ape y Allah bagi pada kamu insyaAllah kamu akan menjadi lebih kaya dari sekarang.

Buatlah baik kepada orang lain sebagai mana kamu suka orang buat baik kepada kamu. Mudah-mudahan kamu menjadi orang Islam.
1)Jangan suka meminta2 supaya orang sayang pada kita..
2)berilah salam, berilah makan,jalin silaturrahim, dan solat la tahajjud supaya orang sayang pada kita.
3)sentiasa memberi hadiah.sbg contoh bagi lah bunga pada isteri wpun sekuntum, insyaAllah isteri akan gembira
[Pakai kayu sugi:
Allah rasul cinta.
Mencantikkan mata
Kahak dalam tekak berkurangan.
Mudah menghadapi sakaratulmaut.
Mengelakkan penyakit berjangkit (kanser tekak)
Dibenci syaitan
Kuat ingatan]
4)banyakkan mendoakan saudara kita.buatlah baik pada jiran kita. malaikat berkata
Allah kata doa itu juga kamu mendapat juga doa itu.
5)Banyakkan berziarah.
Jangan berziarah masa: sebelum subuh, lepas zuhur, lepas isyak. melainkan untuk ilmu.

Jangan banyak ketawa. akan dimatikan hati.
Wpun rasullullah banyak jenakanya.
Jangan buat maksiat kerana ilmu akan hilang pada ingatan kita.

BIODATA DAN KRONOLOGI HIDUP BAGINDA NABI S.A.W.

Bismillahirrahmanirrahim...

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta“. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Love Rasulullah SAW

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Cop Mohor Rasulullah s.a.w
USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW:
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW:
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN:
Thuwaibah Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN:
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB):
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung
NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang Ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULAN
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

**Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. *

Sunday 27 June 2010

sunber chat

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah ………….. Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat
panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan
kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya> bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk

Saturday 1 May 2010

'Pelaburan Public Mutual.....'

Hmm..ni skrg aku tengah mengkaji ttg public mutual..
Keuntungan yng dihasilkan oleh unit islamic memang memberangsangkan aku untuk melabur..
Tp sejauh mane kebenarannya… xtau…
Dalam ulasan ustz zaharudin pun xda yang membataskan pelaburan ni..(kalau ade bgtau aku!)
Dalam fatwa aku x jumpa lagi ttg larangan dalam membuat pelaburan ni..
Dalam lamn SC pun makin di suruh wat pelaburan.. Katanya.."duit RM100 kalau disimpan bawah bantal akan tetap jadi RM100 walau disimpan berpuluh tahun lamanya.." Paham la aku maksud 2..
Memang itu la istilah pelaburan.. Membiakkan lagi duit.. Mcm aku ni y 1st time nak wat pelaburan memang takut coz wang permulaan pun rm1000+.cmne.. Klu burn mati la aku.. Duit nak simpan wat kawen lg.. Mane nak pikir 2 sume kan..
Anyway, kta kat internet dah banyak informasi boleh kita ekses.. Btl x betul kne try n error.. Tp ble dah error x bleh..go back..kne forward la.. Aku bukan 'goyang'.. Tp dah kesuntukan mase ni..
Aku skrg just tgu n lihat..dalam konteks bijak la..coz abg aku ni tgh wat pelaburan PB Mtual gak..
So tengok la dia cmne.. Klu ok, ku x tragak2 nak join 2 da club..hehe..

Thursday 29 April 2010

aku jd PM?

Hmm..aku dah dilantik jd PM ntuk reunion bebudak ni..

Cian aku ni ha..

Nak tgk internet time bb aku nak sampai wak2 kojol plak..huhu..

Skrg baru 10 +/- yang nak hadirkan diri.. Mudh2an berjaya la hendak nya reunion ni..

Membabitkan ex-classmate aku je.. Tp bimbng rmai x hadir, ajk la budak kelas lain dtg sma..

Awl lg aku ajk diorang dtg.. Bayangkan reunion ni nak wat bulan 6, pertengahan bulan 4 dah pgl budak.huhu.. Betul2 efisien aku ni.. Hehe..

Ni pun 1st time aku organize majlis ni.. Xatau berkaliber ke x aku ni.. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.. Peace..;)

Sunday 18 April 2010


Salam semua..
this is my first trial guna blog..
hehe..ckp orang puteh xreti sangat..
anyway, hope u all baca la apa y ada..