Thursday, 12 January 2012

Sunnah Rasullullah

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta seluruh alam..

Hari ini saya mula menulis blog semula selepas beberapa bulan tidak berbuat seperti ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu video supaya kita mengambil pelajaran daripadanya. Moga-moga ianya bermanfaat kepada anda dan sekalian umat Muhammad, Rasul Allah kecintaan kita semua. InsyaAllah.
.
.


.
.

Hisyam

p/s : Hide your affiliate links from commission thieves! - http://bit.ly/hiddenLINK

Saturday, 12 November 2011

Ukuran Jual Beli Emas

Assalamualaikum..

Hai.. hari ni saya nak kongsikan perkara penting berkenaan pelaburan emas. Mungkin anda anggap ianya tidak perlu, tetapi bagi saya, ia suatu keperluan memandangkan sekarang ini budaya membeli emas cukup kuat di kalangan penggemar emas, pelabur dan mata duitan.hehe.. Jangan marah ya..!!

Emas ini sebuah pepejal yang bersifat lebut sedikit dari pada besi. Merupakan salah satu unsur logam yang berasal daripada dalam perut bumi. Teringin peroleh emas, silalah gali perut bumi.hehe.. Sekarang pada saya, emas merata-rata tempat. Orang memilikinya dengan mudah sebab ada penjual. Soalan cepumas, si penjual dapatkan daripada siapa? Mestilah daripada si pembuat emas.



Sekarang ini kalau kita tengok, emas banya dikeluarkan dari kalangan bank-bank tempatan, dan bank-bank luar negara. Sebagai contoh negara yang mengeluarkan emas ialah, Afrika Selatan, Amerika, Australia, China, Rusia, Indonesia, Peru, Ghana, Uzbezkistan, dan Kanada. Kalau bank, jangan cakaplah.. Memang cukup banyak. Pilih sahaja bank mana, Public Gold, Kuwait Finance House, Maybank, dan banyak lagi. Belum cerita pasal produk masing-masing lagi. Jenuh nak terangkan..

Ok. Fokus kita semula kepada tajuk perbincangan, iaitu ukuran jual beli emas. Ramai yang jual beli emas sekarang ni macam pakai cara koboi (cow boy). Semberono tak tentu pasal. Akad tiada, main pos laju emas dari mana-mana kawasan, dengan alasan senior ajar cara berjual beli seperti yang mereka amalkan pada masa sekarang. Mereka tidak merujuk pada yang pakar bab-bab seperti wajib, harus, syarat sah dan sebagainya. Rujukan boleh dibuat oleh mereka yang pakar bab agama di dalam kemahiran kewangan Islam seperti UZAR sebagai contoh dan ikon pakar kewangan Islam. Para ulama juga tempat yang sangat dituntut untuk kita bertanya.

Dalam saya ber'jalan' diantara blog-blog, ternampaklah satu artikel menarik yang dikongsikan oleh rakan saya di blog epunyaan rakan saya juga. Berkenaan ukuran bagaimana urusan jual beli emas boleh dilakukan. Supaya ianya lebih sistematik, patuh syariah, serta mendapat keberkatan dan keredaanNya. Berikut adalah sebahagian maklumat mengenai ukuran jual beli emas:

"Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.


Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya."


Bagi membaca tentang keputusan Fatwa Kebangsaan, anda boleh ke SINI

Sekian, perkongsian sidikit saya pada malam ini. ;)


Hisyam

p.s: pelaburan silver dan pertukaran matawang pun melalui proses yang sama juga.
(info tambahan)

Saturday, 24 September 2011

Jam Dunia

Hai,

Selamat pagi buat anda yang sedang membaca blog ini! Saya baru bangun tidur terus buka komputer riba. ;)

Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa maklumat penting berkenaan jual beli. Ianya adalah suatu alat supaya kita tahu bila masa sesuai untuk berjual-beli di laman web terkemuka dunia. Alat ni percuma. Tetapi ia bukanlah suatu yang luar talian, yang anda boleh guna di papan pemuka skrin komputer anda. Tetapi ianya digunakan atas talian.

Saya perkenalkan jam dunia. Ianya percuma untuk diguna oleh ramai orang. Jadi untuk anda guna sebagai rujukan saya fikir tiada masalah. Misal kata, anda ingin berborak dengan rakan yang berada di negara Perancis, anda boleh guna alat ini untuk mengetahui masa di negera berkenaan. Bila masa negara berkenaan siang, bila masa negara berkenaan malam. Tetapi alat ini tidak boleh berfungsi untuk mengetahui sama ada rakan kita sedang sibuk atau tidak ;p

Ini adalah laman web berikut : htttp://www.worldtimebuddy.com. Anda boleh tanda laman web ini sebagai penanda buku atau boleh sahaja anda guna sebagai google apps. Saya gunakan alat ini sebagai google apps. Sangat mudah kalau ditanda sebagai penanda buku di pelayar internet. hanya sekali tekan sahaja. ;)

Caranya, anda harus ada pelayar web Google Chrome dahulu. Anda pergi ke http://chrome.google.com/webstore?hl=en-GB. Selepas itu, boleh cari di kotak carian atas di sebelah kanan. Mudah bukan?

Selamat Mencuba  =)

Hisyam

Wednesday, 27 July 2011

Bahasa Melayu Tinggi atau BMT : Saya Mulakan!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, semenjak sekian lama saya tidak menyentuk blog ini, terasa gatal tangan untuk menyentuhnya kembali dengan sesuatu yang sedikit baru. 

Saya teringin untuk menyampaikan sesuatu ilmu akan datang dengan tulisan yang lebih segar dan mantap. InsyaAllah. Saya mulakan dengan ini Bahasa Melayu Tinggi atau dikenali ramai dengan BMT.

BMT seingat saya sudah lama diperkenalkan sejak dahulu lagi. Di waktu zaman datuk dan nenek kita lagi. Dari segi lisan mahupun tulisan. Tiada yang bercampur aduk mahupun ditukar sesuka hati melainkan bahasa ibunda setiap bangsa pecahan kecil yang diamalkan setiap hari.

Saya beri contoh untuk bahasa ibunda satu bangsa pecahan kecil iaitu bangsa Jawa. Bila bangsa Jawa ingin menyebutkan perkataan "Pakai" , lazimnya mereka akan menyebut "Pakei". Ini adalah contoh semata-mata tanpa niat mengherdik dan cerca. Tiada sebab untuk mereka dipersalahkan atas alasan sebutan lisan yang sebegitu rupa.

Baiklah, sebelum ini saya baca satu tulisan oleh rakan media sosial yang mengajak semua rakan-rakan beliau untuk sama-sama mengggunakan Bahasa Melayu Tinggi sebagai menghormati bahasa Kebangsaan negara Malaysia kita yang tercinta. Alhamdulillah saya sahut cabaran ini dengan hati yang terbuka dan waras.

Anda Bila Lagi?

Khairi

Wednesday, 27 April 2011

Prinsip Pareto : Peraturan 80-20

Bagaimana Peraturan 80/20 dapat membantu anda menjadi lebih efektif.

Pada tahun 1906, ahli ekonomi Itali Vilfredo Pareto mencipta formula matematik untuk menggambarkan ketimpangan pengagihan kekayaan di negaranya, dari pemerhatian bahawa dua puluh peratus orang memiliki lapan puluh peratus daripada kekayaan. Pada akhir 1940-an, Dr Joseph M. Juran secara tidak tepat disebabkan Peraturan 80/20 untuk Pareto, menyebutnya Prinsip Pareto. Walaupun mungkin tidak bernama, Prinsip Pareto atau kadang-kadang disebut sebagai Hukum Pareto, boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu anda menguruskan secara berkesan.

Dari Mana Ia Datang 

Setelah Pareto membuat pemerhatian dan mencipta formula, banyak orang lain mengamati fenomena serupa di dalam kepakaran masing-masing. Pelopor Pengurusan Kualiti, Dr Joseph Juran,yang bekerja di Amerika Syarikat pada 1930-an dan 40-an mengenalpasti prinsip universal ia disebut "sedikit penting dan lebih banyak remeh" dan mengurangkan sehingga menulis. Dalam sebuah karya awal, kurangnya ketepatan pada pemerhatian Juran membuat nampak bahawa ia mengaplikasikan pandangan Pareto tentang ekonomi untuk skop kerja yang lebih luas. Nama Prinsip Pareto digunakan, mungkin kerana terdengar lebih baik daripada Prinsip Juran.
Sebagai hasilnya, pemerhatian Dr Juran tentang "sedikit penting dan lebih banyak remeh", prinsip bahawa 20 peratus daripada sesuatu yang selalu bertanggung jawab atas 80 peratus dari hasil, kemudian dikenali sebagai Prinsip Pareto atau Peraturan 80/20.

Apa Maksudnya

Peraturan 80/20 bererti bahawa dalam segala hal sedikit (20 peratus) adalah penting dan banyak (80 peratus) adalah remeh. Dalam kes Pareto itu bererti 20 peratus orang memiliki 80 peratus daripada kekayaan keseluruhan. Dalam kajian awal Juran, ia mengenalpasti 20 peratus daripada kecacatan yang menyebabkan 80 peratus daripada masalah. Pengurus Projek tahu bahawa 20 peratus dari pekerjaan (10 peratus pertama dan 10 peratus terkini) mengambil 80 peratus dari masa anda dan sumber daya. Anda boleh menggunakan Peraturan 80/20 pada hampir semua hal, dari ilmu pengurusan untuk dunia fizikal.
Anda tahu 20 peratus barang anda memerlukan 80 peratus ruangan gudang anda dan bahawa 80 peratus barang anda berasal dari 20 peratus daripada pembekal anda. Juga 80 peratus daripada jualan anda akan datang dari 20 peratus kakitangan jualan anda. 20 peratus daripada kakitangan anda akan menyebabkan 80 peratus daripada masalah anda, tetapi yang lain 20 peratus kakitangan anda akan memberikan 80 peratus pengeluaran anda. Ia bekerja dua arah.

Bagaimana Ia Boleh Membantu Anda

Nilai Prinsip Pareto untuk pengurus ialah bahawa hal itu mengingatkan anda untuk fokus pada 20 peratus itu penting. Dari hal yang anda lakukan selama hari anda, hanya 20 peratus benar-benar penting. Hanya 20 peratus menghasilkan 80 peratus keputusan keseluruhan anda. Mengenalpasti dan tumpu pada hal-hal itu shaja. Ketika memulakan hari anda, ingatkan diri anda bahawa hanya 20 peratus anda perlu fokus. Jika sesuatu dalam jadual terlepas pandang, jika sesuatu tidak akan selesai, pastikan itu bukan sebahagian daripada 20 peratus yang benar-benar penting.
Guna Prinsip Pareto untuk semua yang anda lakukan, tetapi menggunakannya dengan bijak.

Khairi

Saya mencadangkan ini kepada anda :